KELEBIHAN PETA MINDA
Apakah Kelebihan Peta Minda? |
π Dapat menghasilkan nota dengan mudah
- Mudah menghasilkan nota dengan mudah daripada sebarang dan pelbagai sumber contohnya buku teks, rujukan, ilmiah, taklimat, syarahan, kuliah dan sebagainya. Nota dapat dilakukan tanpa perlu menulis panjang lebar melainkan hanya dengan perlu mencatat 'key point' sahaja bagi tajuk tersebut. Cara ini juga dapat menjimatkan ruang dan kertas dalam pembikinan nota tersebut.
π Menjimatkan masa dan memudahkan pemahaman
- Ternyata dengan penggunaan peta minda, kita dapat menjimatkan masa tanpa perlu mengeluarkan buku yang tebal atau mencari rujukan di mana-mana. Ini kerana peta minda besaiz mesra pengguna dan mudah diletakkan di mana-mana. Melalui peta minda juga sesi menelaah dan mengulangkaji pelajaran akan lebih cepat dan mudah serta menjimatkan masa kerana hanya perlu memngingati tajuk dan idea yang dikembangkan.
π Merealisasikan kreativiti individu
- Individu dapat menggunakan kreativiti mereka melalui dengan pembikinan peta minda disebabkan kebebasan pemikiran dari pemikiran linear yang biasa kepada pemikiran yang kreatif membolehkan idea-idea baru bercambah. Hunugkait yang baik antara tajuk utama dan huraian-huraian juga dapat diringkaskan dengan ringkas tapi padat melalui kreativiti mereka dan cara tersendiri melalui penggunaan warna, grafik, bentuk dan sebagainya.
Peta Minda merealisasikan kreativiti pembuatnya. |
- Dapat membantu meringkaskan dan membuat sinopsis pendek tema dan idea penting dalam sesebuah buku, jurnal, cerpen, artikel dan sebagainya dengan isi yang tepat, ringkas dan padat sesuai dengan tajuknya.
π Membantu dalam penyelesaian masalah
- Penggunaan peta minda dapat membantu menyelesaikan masalah dengan melakukan masalahnya sebagai tajuk utama dan cabang hubungkaitnya adalah sebab, dapat membantu seseorang menafsir cabang hubungkaitnya bagi mengenal pasti dan meyelesaikan masalah tersebut.
No comments:
Post a Comment