Kelemahan

KELEMAHAN PETA MINDA

Peta minda juga ada kelemahannya yang tersendiri iaitu :

Apa pula kelemahan Peta Minda? 



πŸ™… Tidak mudah untuk menukar cara penulisan linear kepada penggunaan Peta Minda

- Kebanyakan individu tidak diberi menggunakan peta minda kerana tidak diberi pendedahan sejak dari awal membuatkan mereka agak sukar untuk menggunakan kaedah yang sedia ada. Mereka lebih memilih untuk menggunakan nota linear yang biasa kerana tidak mengetahui cara-cara yang betul untuk membuat peta minda.

Kebanyakan individu tidak mengetahui cara membuat Peta Minda


πŸ™… Peta Minda tidak dapat difahami oleh orang lain kecuali pembuatnya

-  Bilamana seseorang itu membuat peta minda dengan menggunakan kod, kata kunci dan gambar yang hanya dapat difahami oleh dirinya sendiri membuatkan orang lain yang hendak membacanya berasa sulit untuk menafsirkan peta minda tersebut.

πŸ™… Penggunaan buku teks dan rujukan akan berkurangan

-Disebabkan oleh kebergantungan yang terlalu banyak kepada Peta Minda, maka membuatkan penggunaan buku teks dan buku-buku ilmiah sebagai rujukan menjadi jarang. Kesannya individu sukar untuk menghuraikan sesuatu isu kerana hanya mengetahui kunci utama bagi tajuk tersebut tanpa huraian lengkap yang biasanya dirujuk melalui buku-buku teks dan rujukan.

Apa yang anda faham tentang gambar ini?


No comments:

Post a Comment

Allahu Akbar!!

Selamat Hari Keputeraan ke Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V pada 9 September 2017 bersamaan 18 Zulhijjah 1438H. Dirgahayu Tuanku. Al...